Memorandum Penangguhan Bayaran Semula Saham
- Details
- Category: Latest
- Published on Monday, 13 April 2020 09:41
- Hits: 1963
M E M O R A N D U M
Kepada : Anggota Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
Daripada : Pengerusi & Anggota Lembaga Koperasi
Tarikh : 9 April 2020
PERKARA : PENANGGUHAN BAYARAN SEMULA SAHAM ANGGOTA SECARA BERKALA BAGI BULAN MAC 2020 SEHINGGA SEPTEMBER 2020
Dengan segala hormatnya, Anggota Lembaga Koperasi ingin memaklumkan bahawa bayaran semula saham anggota secara berkala bagi bulan Mac 2020 sehingga September 2020 ditangguhkan.
Keputusan untuk menangguhkan pembayaran ini adalah berikutan kemerosotan dan kegawatan perniagaan KUSMB yang disebabkan oleh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pertimbangan dan kerjasama daripada tuan/puan amatlah dihargai dalam memastikan KUSMB dapat terus beroperasi.
Segala kesulitan dan kesukaran, pihak Lembaga menyusun sepuluh jari memohon maaf.
Sekian, terima kasih