Memo Had Maksimum Pegangan Saham Anggota
- Details
- Category: Latest
- Published on Tuesday, 04 February 2014 14:57
- Hits: 5860
Makluman Had Maksimum Pegangan Saham Anggota KUSMB
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 245 bertarikh 29 Januari 2014 telah bersetuju dengan penambahan syarat syarat bagi keahlian dan had minimum penambahan saham ahli. Ianya juga merujuk kepada Undang Undang Kecil Bahagian V Organisasi dan Pengurusan Koperasi klaus 41 : Urusan mesyuarat Lembaga (c) mengkaji, membincang,menimbang dan memutuskan dimana perkara berikut:
(vi) permohonan menambah atau mengurangkan caruman syer
Berikut merupakan syarat-syarat yang telah dipersetujui:
- Untuk keahlian baru : Minima saham adalah sebanyak RM100.00
- Jumlah saham dihadkan kepada RM100,000.00 untuk setiap ahli sepanjang tempoh keahlian.
- Penambahan saham melebihi RM1,000.00 hendaklah dipohon secara BERTULIS bagi mendapat kelulusan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga.
- Ahli yang mempunyai saham melebihi RM100,000.00 hendaklah mengeluarkan dividen mereka pada tahun berikut.
Semua syarat-syarat tersebut berkuatkuasa 1 Februari 2014. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.