Memorandum Simpanan Khas Anggota KUSMB 28062021

SIMPANAN KHAS, DEPOSIT ATAU PINJAMAN DARIPADA ANGGOTA KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah bersetuju agar simpanan khas, deposit atau pinjaman diwujudkan bagi membiayai satu lagi projek KUSMB bagi tempoh jangka pendek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pembiayaan semula pulangan adalah berdasarkan perkongsian keuntungan (profit sharing).

Menurut Undang-Undang Kecil fasal 55 (1)(a) Koperasi boleh menerima daripada anggotanya:-

a) simpanan khas seperti yang ditetapkan dalam aturan-aturannya dan wang ini  boleh dikeluarkan dari masa ke semasa; atau

            b) deposit dan pinjaman

Lembaga mengalu-alukan anggota yang berminat dengan tawaran ini dan boleh menghubungi pihak koperasi di 04-6599206 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk maklumat lanjut dalam tempoh 3 hari dari tarikh memo ini.

Untuk maklumat lanjut sila klik Memo Simpanan Khas.

Sekian, terima kasih.