TABUNG SUMBANGAN
- Details
- Category: Latest
- Published on Friday, 23 August 2013 15:33
- Hits: 3748
TABUNG SUMBANGAN PENDIDIKAN ANAK ANGGOTA DAN CENDERAHATI PERSARAAN
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Koperasi USM Berhad akan memberikan sumbangan pendidikan kepada anak anggota koperasi yang akan melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam/swasta dan cenderahati persaraan kepada anggota koperasi.
Sumbangan pendidikan.
- Kadar bayaran adalah seperti berikut :
- Ijazah Pertama : RM150.00 (seratus lima puluh sahaja)
- Diploma : RM100.00 (seratus sahaja)
(Setiap ahli hanya boleh memohon sumbangan tersebut untuk tiga orang anak sahaja.)
Lampiran yang perlu dibawa untuk sumbangan pendidikan ialah :
- Salinan kad pengenalan anak.
- Salinan surat tawaran sambung belajar.
- Bukti kemasukan (resit bayaran @ salinan kad matrik).
- Maksima 3 bulan selepas tarikh kemasukan.
Cenderahati persaraan.
- Kadar bayaran ialah RM100.00 (seratus sahaja).
Lampiran yang perlu dibawa bagi cenderahati persaraan ialah :
- Salinan kad bersara
- Surat pengesahan bersara (jika ada)
Borang Permohonan sila layari : http://www.kusmb.com/main/index.php/muat-naik/category/1-form?download=9
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

