Pembukaan Pendaftaran Anggota dan Penambahan Saham

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Lembaga Koperasi ke-234 yang diadakan pada 23 April 2013 memutuskan bahawa pengambilan keanggotaan baru dan penambahan saham dibuka semula bermula pada 2 Mei 2013.

Penambahan saham anggota boleh dilakukan melalui :

    Tunai

        Pembayaran dibuat di Pejabat Pentadbiran Am KUSMB

    Cek

        Cek dibuat atas nama Koperasi Kedai Buku USM Berhad

    Telegrafik

        Pindahan telegrafik dibuat ke akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad bernombor 07020000332710

(Slip bank perlu diberi sebagai bukti penambahan saham)

Anggota yang ingin menambah saham melalui potongan gaji dikehendaki untuk mengisi Borang Kebenaran Untuk Membuat Potongan Gaji yang boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Am KUSMB atau dimuat turun di laman sesawang www.kusmb.com. Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan di Pejabat Pentadbiran Am KUSMB sebelum tarikh akhir penerimaan dokumen oleh pihak Bendahari USM pada bulan tersebut bagi potongan gaji bulan itu.